BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Wednesday, February 11, 2009

PERGINYA SEORANG PEJUANG RAKYAT

Terasa sebak untuk menulis,menggingatkan almarhum Hj Roslan.Sepanjang lebih kurang 11 bulan berkhidmat sebagai Setiausaha Sekretariat Parlimen dan juga Pegawai Khas Hj Roslan .Tempat yang menjadi permintaan ramai,sehingga Hj Roslan menasihat supaya terus berkhidmat.Jikalau buat kerja orang kata,tak buat pun orang kata. Jadi teruskan perkhidmatan.
Penulis selalu mewakili Hj Roslan dalam perjumpaan dengan agensi kerajaan.Apabila mewakili Hj Roslan ,menggambarkan kita membawa imej PAS.Namun begitu banyak yang tidak begitu suka dengan cara penulis,mendahului kawasan itu yang sering dicakapkan.
Banyak kenangan bersama Almarhum Hj Roslan,apabila banjir kilat melanda hampir 10 kampung di Parlimen Bukit Gantang,almarhum sanggup balik menjenguk rakyat .Sedangkan pada masa itu baru selesai persidangan parlimen 11.00 malam.Pukul 1 pagi sudah bersedia bertemu rakyat bertanya khabar.
Hj Roslan bukan kedekut,amat pemurah.Kami amat memahami ,jikalau tak menolong Hj Roslan berasa amat sedih,kerana Hj Roslan tahu tentang kesusahan .Almarhum daripada keluarga miskin. Hj Roslan pernah menyatakan kita akan ditanya di akhirat nanti jikalau perkhidmatan kita tidak memuaskan.
Penulis sempat bercakap dengan almarhum pada 8.30 pagi 9 Februari,penulis menyatakan program tetap berjalan iaitu Munajat dan Ceramah bersama Ust Misbahul Munir Masduki,di Surau Bt 6,Ckt Jering.
Harapan beliau ingin mendirikan Maahad Tahfiz Sains di bawah Yayasan Perak.Penulis mencadangkan di Changkat Jering.Mungkinkah boleh dilaksanakan oleh Pengerusi Yayasan Perak yang baru.
Alfatihah

0 comments: