BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Wednesday, March 18, 2009

Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat


Pas akan mengisytihar calon pada 23 Mac 2009.Pengisytiharan akan dilakukan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di Dataran Pakatan Rakyat Jalan Changkat Jering-Simpang (tepi Petronas).

Sementara itu Mesyuarat Jawatankuasa PasPusat akan berlangsung pada 2.30 petang di Markaz Tarbiyyah Pas Air Kuning,Taiping untuk membuat pemilihan calon Pas bagi Prk 059 Bukit Gantang. Menurut YB Ustaz Nasharudin Mat Isa mesyuarat itu akan dipengerusi Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang untuk memilih calon Pas .

Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat ,dengan itu jentera operasi kita jangan terlalu" over confident" ,perlu bekerja keras untuk meneruskan kemenangan rakyat di Perak dan seluruh Malaysia .Pesanan kita jangan terlalu yakin disampaikan oleh YB Nasharudin Mat Isa dalam pertemuan dengan jentera PAS di Air Kuning.

UMNO akan buat apa sahaja untuk memastikan BN menang dan memastikan Najib dapat menjadi Perdana Menteri. Seorang rakan SB menyatakan UMNO akan guna duit dan bukan projek mi segera.Beliau juga menyatakan ugutan akan digunakan untuk menakutkan pengundi bukan Melayu.Rakan juga menyatakan mereka gunakan kaedah di Kuala Terengganu menakutkan pengundi Cina. Di sini Pas perlu menarik pengundi Melayu yang akan mendapat habuan yang sedikit.

2 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

ke arah kerajaan perpaduan rakyat umno dan pas...alhamdulillah

Anonymous said...

Dah fikir masak-masak ke nak tubuhkan kerajaan perpaduan?sebab saya kuatir sesangat UMNO akan tikam PAS dari belakang suatu hari kelak.