Bukit Gantang- Menyedari pelbagai cabaran yang mendatang.Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mahu kita melangkah ke arah yang lebih maju dengan mengikuti perkembangan kepesatan teknologi maklumat hari ini.Tuan Guru menyarankan kita bergerak aktif memanfaatkan teknologi maklumat untuk gerakan dakwah.
Teknologi adalah kebijaksanaan yang wajib dipungut sebagaimana pesanan Nabi Muhammad S.a.w. yang bermaksud "Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan orang Islam"
Kita mesti memungutnya kembali walau dari mana ia datang.Kita mengambil apa yang baik dan kita menolak apa yang buruk.Inilah sikap kita yang berterusan.
Kita hendaklah harus bersabar menyiarkan perkara yang benar,jangan sesekali kita berbohong untuk mendapat pelanggan.
Jika kita mempunyai pelanggan yang ramai hasil pembohongan ,nescaya kita tidak
bertahan lama..Sebaliknya jika kita bersabar menyiarkan sesuatu yang benar,kita akan menarik pelanggan yang kekal.
Media adalah suatu jihad yang sangat penting.Ia memberi ilmu kepada rakyat ,memberi input yang berfaedah kepada pembaca,juga memberi fadilat yang besar kepada pengamal media yang istiqamah menyebar kebenaran.
petikan ucapan Tuan Guru Hj Hadi- dalam buku 2 dekad terajui perubahan.
Admin sudah Keluar PAS masuk Amanah
-
Makluman:
Mulai Oktober 2015 Admin telah telah Isytihar Keluar PAS menyertai AMANAH.
Jadi blog ini tidak akan diaktifkan lagi. Sebarang kelewatan atas maklu...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment