BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Tuesday, May 27, 2008

Majlis Penyampaian Bantuan Baitulmal.Tpg

27/05/08 selasa Tpg.

YB Roslan berucap memberi motivasi.
'Jadi pengeluar zakat pula'




Warga Emas tersenyum mendengar motivasi
Hj Roslan Shaharum.


YB menyampaikan bantuan kepada En Mat Sani
Kg Air Kuning,Taiping.

TAIPING-
Satu majlis penyampaian bantuan telah diadakan di Pejabat Baitulmal Taiping.Turut hadir YB Roslan Shaharum. Kembara Zakat, singgah ke bandar Taiping,bermula dari Ipoh .Program anjuran Baitulmal Negeri Perak,bermula 26 Mei-28 Mei 2008

Dlm ucapan beliau yang lebih memberi motivasi,beliau mencadangkan agar dapat penerima-penerima bantuan membina kehidupaan yg lebih baik dan maju,mesti mempunyai impian atau vision untuk memajukan diri dan keluarga .Agar dapat berjaya dlm kehidupan dan seterusnya menjadi penyumbang atau pembayar zakat.

Beliau terus mengingatkan bahawa ketetapan Tuhan,masih lagi boleh diubah dengan doa-doa ,kerana yg menentukan segala-galanya hanya Allah SWT, jadi kita harus berdoa kepadanya dan teruskan berusaha,bukannya Takdir dijadikan alasan untuk tidak mencuba memperbaiki diri atau memaju diri dalam kehidupaan.

"Minda kita mesti jauh ke hadapan" kata Hj Roslan." Selama 50 tahun lalu, pemerintah lalu membiarkan kemiskinan berterusan,senang untuk mereka mempengaruhi masyarakat.Apabila mengundi ,undi mereka" ujar Haji Roslan lagi.

Hj Roslan mencadangkan agar Baitulmal memikir cara lain untuk membantu penerima bantuan
zakat kepada pembayar zakat." Beri bantuan bot dan pukat,seperti di daerah Manjung" tegas Hj
Roslan ."Fikirkan mekanisme lain,yang membantu masyarakat " kata Hj Roslan.


baspas:

3 comments:

hafizah said...

Salam YB Bukit Gantang,
Ape Khabar Ustaz,
Saya M.Fahmi dr Jordan.
Tahniah lg skali pd Ustaz dpt mnjalankan tugas sbg YB Pas Di Perak.dah tlanjur tgk Ustaz Mympaikan bantuan zakat pd Org2 Taiping tu,saya slaku wakil pelajar2 Jordan nk mntk tlg Ustaz tlg usahakn agar semua pelajar Perak yang belajar di Jordan yg memohon zakat Perak agar diluluskan.maaflah ustaz klu myshkan.
kami sentiasa myokong usaha2 YB agar rakyat Perak mdpt hak dan perhatian yang sewajarnya dr Kerajaan.Sekian.

mmfamie said...

Ape Khabar Ustaz,
Saya M.Fahmi dr Jordan.
Tahniah lg skali pd Ustaz dpt mnjalankan tugas sbg YB Pas Di Perak.dah tlanjur tgk Ustaz Mympaikan bantuan zakat pd Org2 Taiping tu,saya slaku wakil pelajar2 Jordan nk mntk tlg Ustaz tlg usahakn agar semua pelajar Perak yang belajar di Jordan yg memohon zakat Perak agar diluluskan.maaflah ustaz klu myshkan.
kami sentiasa myokong usaha2 YB agar rakyat Perak mdpt hak dan perhatian yang sewajarnya dr Kerajaan.Sekian.

parlimen059 said...

T,kasih, dlm perancangkan kami, berdoalah agar dgn izinNYA dapat dipercepatkan prosos tersebut.