BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, July 26, 2008

Bersabar Mendepani Ujian

PRU 12 membawa pengertian mendalam kepada PAS Kawasan Bukit Gantang.Hj Roslan Shaharum mewakili PAS menang di Parlimen Bukit Gantang.Sementara itu Kapten Osman Jailu
di DUN Changkat Jering (PKR) dan Tai Sing Ng Kuala Sapetang(PKR).

Dalam hujan lebat rakyat Parlimen Bukit Gantang mengundi Barisan Alternatif.Dengan tekad
membawa perubahan "Makkal Sakhti " atau kuasa rakyat. Sepanjang melawat pusat mengundi
"mood" rakyat menyebelahi kita. Pimpinan Kawasan menyatakan tsunami politik .


Setelah enam bulan kita di " Blogger: PAS FOR ALL", cuba bersikap lembut dan tidak memburuk parti lawan .Namun setelah berlaku tsunami banjir kita mengetahui sikap rakyat.
Segelintir rakyat mengambil kesempatan. Contohnya mereka yang menjaja cerita di Buletin TV3. Bagi kami Ketua Kampung Larut Ulu,Encik Tajei Husein memainkan peranan penting
membantu penduduk kampung .Beliau memastikan semua penduduk di bawa keluar sewaktu banjir berlaku pada Khamis 17 Julai 2008.

Kedua-dua penduduk yang bersiaran pada 24 Julai 2008 pada pukul 1.30 tgh,merupakan pelakon yang tidak berbakat. Apakah perlu kita menceritakan keburukan mereka?
Apakah perlu kita memberitahu ,mereka bukannya mengundi kita? Apakah perlu kita menyatakan sewaktu mereka kematian keluarga,ahli Pas bersama rombongan yang membantu
bertahlil? Malahan menyedia khemah untuk kegunaan keluarga si mati.

Banyak rakyat yang terlibat,di Kg Cheh,Changkat Ibol,Jelutong,Matang Gelugor,Sg Mati,Kg Jelapang,Kg Pak Darus,Bt 2 1/2,Kg Benggali, Larut Tin dan Tmn Pengkalan Makmur serta jiran kita Taman Sri Kota.

Seorang pengundi menyatakan kami pembayar cukai,cukai tanah,cukai pintu dan cukai pendapatan." Sepatutnya kami yang berhak menerima bantuan " Bagi penulis mereka tidak mensyukuri nikmat, mana mungkin projek landasan berkembar di bawah Kementerian Pengangkutan kerajaan negeri menyediakan tapak rumah .Di daerah LMS ,297 setinggan KTM,
Kerajaan Pakatan Rakyat memberi lot tapak rumah.

"Mereka hanya setinggan " dakwa seorang guru yang tinggal di Tmn Pengkalan Makmur.
Bagi penduduk Kg Air Kuning , Syarikat Gamuda-MMC wajar membayar ganti rugi,projek mereka menghalang laluan air sehingga berlaku tsunami banjir.

Jelas sekali pembangunan yang tidak terancang boleh mempengaruhi alam sekitar. Kawasan tadahan air semakin sempit sementara taman perumahan semakin bertambah.Justeru itu pihak berkuasa tempatan seharusnya mengambil tindakan segera, agar banjir kali kedua di sekitar Parlimen Bukit Gantang tidak berlaku.

Rakyat Kelantan selama 18 tahun difitnah kenapa kita di Parlimen Bukit Gantang hanya baru lima bulan tidak boleh bersabar?

2 comments:

aqil mubashshir nuruddin said...

salam ukuwah ustaz..kelapangan buka la blog saya..aqil darul syifa..misti igt bila buka je blog saya...semoga ustz terus kuat kan semgat..doa saya sentiasa di belakang..doakn saya insyaAllah ijzah dalam darul syifa...

Anonymous said...

ya ustaz..

bibit riak dah muncul dah...