BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Monday, July 21, 2008

DARI SISI BUKIT- TSUNAMI BANJIR

Lawatan kerja ke Jabatan Kerajaan penuh dengan pengalaman.Baru-baru ini pergi ke pejabat
penghulu,Tuan Penghulu mendakwa berlaku banyak unsur rasuah pada agensi seperti BPR dan Polis.Seorang bekas Ketua Kampung , dakwa kita sama sahaja macam mereka ,masuk poket.Apabila didesak lapor BPR mereka tak mahu. Terima laporan sahaja,tindakan tiada.


Sisi Bukit- Bila agaknya Pemerintahan Baru Malaysia,untuk selamatkan Malaysia.




Terima kasih kepada semua yang menolong rakyat semasa banjir. Banjir sepatutnya
menginsafkan kita ,menjadi kita semakin beriman dan mendekatkan kita dengan
ALLAH s.w.t. Namun begitu terdapat mereka yang mengambil kesempatan ,membawa
pulang bekalan makanan seperti beras , pada hal mereka bukan mangsa banjir. Menumpang tidur di pusat pemindahan ,sepatutnya bawalah keluarga tidur bersama di rumah.


Sisi Bukit- Seorang petugas beritahu terdapat sejumlah VCD terlampau semasa membersih
rumah. Sampuk seorang petugas mungkin ini bala' Tuhan.





Rata-rata rakyat tidak percaya berkaitan kes Dato Seri Anwar Ibrahim.Mereka menyatakan
jikalau kes aduan Saiful polis menyiasat Anwar,kenapa akuan bersumpah Raja Petra, Dato Najib
dan Datin Rosmah tidak disiasat.


Sisi Bukit- Berilah keadilan untuk semua bukan untuk Anwar sahaja tetapi untuk semua rakyat.



Syukur alhamdulillah ,Tuan Guru Musyidul Am Pas ,Tuan Guru Nik Aziz meredakan perasaan
ahli PAS,kita tidak perlu bermuzakarah dengan UMNO.Biarlah UMNO terjun dengan labu-labunya.



Sisi Bukit- Mengapa semasa kuat tidak mahu muzakarah,semasa kehilangan banyak negeri ingin bermuzakarah?

1 comments:

IPOH MALAY said...

assalamualaikum

sebab masing-masing tamakkan kuasa..

Sisi Bukit- Mengapa semasa kuat tidak mahu muzakarah,semasa kehilangan banyak negeri ingin bermuzakarah?

...ianya melambangkan perjuangan yang tidak islamik kerana menyerupai sifat golongan yang mereka keji sebelumnya..

jika PAS benar.. PAS akan menang menguasi seluruh ahli UMNO akar umbi dan menjadi parti memerintah negara.. tanpa perlu bersikap keanak-anakan..

tidak indah bagi manusia membalas kejahatan dengan kejahatan..

assalamualaikum