BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Tuesday, August 19, 2008

Pada Hemat Haji Roslan Shaharum


'Wahai umat manusia!Sesungguhnya Kami Telah mencipta kamu dari lelaki dan perempuan,dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra di antara satu sama lain)'(Al Hujarat;13)

Kita perlu akui bahawa politik kita semakin berkembang melewati batas perkauman ,bahasa dan agama yang sempit.Kita kini bergerak untuk semua sesuai degan
PAS FOR ALL . Majlis dermasiswa rakyat yang berlangsung baru-baru ini ada 17 Ogos 2008 di Dewan Orangramai Pekan Bukit Gantang mencerminkan aspirasi Pas itu sendiri.

Bagi kita jangan mudah terpengaruh dengan media massa yang cuba membangkitkan isu perkauman sempit contoh isu UITM. Sebenarnya isu yang lebih memberi kesan kepada masyarakat tidak ditonjolkan,seperti kesan kenaikan harga minyak menyebabkan inflasi.
Banyak anak Malaysia yang tercicir dan kadar jenayah yang semakin meningkat.

Kami akan terus bertemu rakyat ,kritik kami jikalau perkhidmatan tidak memuaskan .Tidak perlu menunggu sehingga PRU 13 baru menghukum kami. Sebagai rakyat ,kita berhak mendapat perkhidmatan terbaik, bagi pihak pegawai kerajaan tidak perlu menunggu sehingga dua hingga tiga bulan baru masalah rakyat selesai. Paling lewat sebulan sudah mencukupi memberi tindakbalas ke atas aduan rakyat.

One Stop Center mesti berfungsi dengan baik, melicin dan membantu pegawai kerajaan memberi perkhidmatan secara profesional.Setiap orang di kalangan kita mestilah menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Ini ungkapan daripada kata-kata Saidina Ali k.w. dalam memperkatakan soal kualiti dalam berjuang.

Bulan Ramadhan ini marilah kita mulakan komitmen membantu rakyat,menjadikan kita rakyat yang berkualiti.

3 comments:

pelajar_prihatin_oversea said...

salam yb.
boleh bg comment mengenai exco2 kerajaan negeri perak yg ditahan BPR?
adakah ini satu lg cabang konspirasi utk menjatuhkan pakatan rakyat?

parlimen059 said...

mengikut maklumat dan cara tangkapan memang dipercayai satu konspirasi untuk menjatuhkan K`jaan Negeri.

pelajar_prihatin_oversea said...

terima kasih diatas maklumat/info yg disampaikan oleh yb mengenai konspirasi ini