BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Wednesday, September 24, 2008

AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG SUMBANG DUIT RAYA KEPADA GURU PASTI BUKIT GANTANG

Trong- Haji Roslan Shaharum telah menyumbang RM100.00 seorang untuk guru-guru Pasti Kawasan Bukit Gantang.

Majlis penyampaian dilakukan oleh YAB Menteri Besar Perak,Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kepada Pengarah PASTI Kawasan Bukit Gantang ,Sdr Hassan Halim di Majlis Berbuka Puasa Bersama MB di Masjid Nurul Hidayah Sg Bemban,Trong.

Seramai 35 guru Pasti kawasan layak menerima sumbangan itu. Hj Roslan berharap dengan sumbangan yang kecil itu dapat membantu guru-guru meningkatkan lagi usaha mendidik para pelajar. "Biarlah Allah s.w.t yang membalas jasa dan pengorbanan cikgu" ujar Hj Roslan, sewaktu ditemui selepas program.

Menurut pihak MGP pula ,guru-guru akan menerima sumbangan MB Perak pada 26 September, di Kediaman Menteri Besar.

0 comments: