BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Sunday, January 25, 2009

ADUN BOTA UMNO MASUK PKR

YB Dato' Nasarudin Hashim Adun Bota,Perak telah menyertai Parti Keadilan Rakyat hari ini.
Menurut Hj Ismail Yusof,Pengarah Pilihanraya PKR Perak, YB Dato'Nasarudin Hashim itu menyertai PKR sebentar tadi.Beliau mengumum kemasukannya ke dalam PKR di Petaling Jaya. Nasarudin difahamkan mengambil tindakan dengan menyertai PKR setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya kehendak pengundi di DUN Bota.
YB Nasarudin berumur 58 tahun ,pernah menjadi Pengerusi Felcra Berhad pada tahun 2006.
Beliau mengalahkan Kapten Usaili Alias dengan majoriti 2068 undi, dalam PRU ke 12.
Kini Pakatan Rakyat menguasai 32 kerusi DUN dan BN tinggal 27.
Malam ini YB Nasarudin Hashim dijangka berceramah di Dewan Sivik ,Petaling Jaya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pas Kawasan Bukit Gantang mengalu-alukan penyertaan beliau dalam PKR. Sokongan rakyat akan terus bertambah .Kita berharap YB Dato' Rosli Husin ,Adun Trong akan bersama dengan kita pada suatu hari nanti.

0 comments: