Rakyat Perak diharap tidak melupakan UMNO/BN yang membuat kerajaan rakyat Perak mempunyai Kerajaan Haram,kerajaan rampasan kuasa.Pemimpin BN cuba mengalih isu kerajaan haram dengan melaga-laga Dato' Seri Nizar dengan Sultan.Media tajaan UMNO memanipulasikan bahasa istana yang digunakan rakyat sewaktu mengadap Baginda Sultan . Contohnya perkatan Sembah Derhaka,digunakan oleh MB Pakatan Hj Nizar adalah untuk tidak bersetuju dengan pandangan DYMM Sultan,bukannya ingin menjadi penderhaka.
UMNO /BN yang bersalah menubuhkan kerajaan haram ,cuba menggalakkan rakyat memberontak ke atas DYMM Sultan Perak."Kita jangan terperangkap dengan rancangan jahat UMNO" tegas Hj Roslan sewaktu ditemui di rumah ibunya.
"Begitu juga kita tidak memusuhi anggota keselamatan jikalau kita memerintah Malaysia mereka juga berkhidmat dengan kerajaan rakyat" ujar Hj Roslan.
Dalam pada itu Hj Roslan juga berharap semua Ketua Kampung pilihan rakyat terus berkhidmat kerana kontrak perkhidmatan sehingga 2010."Tuan-tuan perlu memikirkan rakyat",tambah Hj Roslan.
"Kemudahan saya sebagai Pengerusi Yayasan Perak telah ditarik,kereta Pengerusi Yayasan telah diambil,sedangkan saya mempunyai tempoh sebagai Pengerusi Yayasan Perak selama dua tahun" terang Hj Roslan lagi .
Menurut Hj Roslan semua dermasiswa dan bantuan pendidikan untuk rakyat Perak telah dibekukan. Bagi Hj Roslan beliau akan terus memasuki pejabat seperti biasa.
Sementara itu PAS Kawasan terus bermunajat kehadrat ALLAH swt memohon memberi pengajaran yang besar kepada Osman Jailu. Pada malam ini 8 Februari 2009,pukul 8.30 malam di Pusat Tarbiyyah Kawasan Bukit Gantang,Bukit Cempedak.
Admin sudah Keluar PAS masuk Amanah
-
Makluman:
Mulai Oktober 2015 Admin telah telah Isytihar Keluar PAS menyertai AMANAH.
Jadi blog ini tidak akan diaktifkan lagi. Sebarang kelewatan atas maklu...
9 years ago
3 comments:
Al-Fatihah utk tuan blog...
mengarut la...
Umno x pernah perangkap rakyat benci baginda Sultan.. x baik buat fitnah.. berdosa..
Alfatihah... Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah Hj Roslan Shaharom dan menempatkan roh beliau bersama-sama roh para solihin, segala perbuatan dan perkerjaan semasa hayat beliau diterima sebagai ibadah, diampun segala dosa dan dipermudahkan memasuki syurga Allah. Amin.
Post a Comment