BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Thursday, March 5, 2009

KEMPEN UMNO UMNO DERHAKA

UMNO terlupa kisah derhaka?Bagaimana mereka menjadikan Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak,walaupun Sultan tidak bersetuju.Atas desakan UMNO Gazali Jawi menjadi Menteri Besar Perak dalam tempoh dua tahun selepas piliharaya umum Ogos 1974.
Setelah berlalu tempoh dua tahun ,Ghazali Jawi tidak mahu berundur dari jawatan Menteri Besar.Sultan telah membangkitkan janji Perdana Menteri(melalui Ishak Tadin) mengenai tempoh dua tahun sahaja sepatutnya Ghazali Jawi menjadi MB.

Ghazali Jawi dan pemimpin UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata"Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak bahawa Sultan Perak melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar Perak selama dua tahun sahaja"
Sejarah tidak pernah melupakan bagaimana Sultan telah bernazar selagi Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatan ,Baginda akan menyimpan janggut,jambang dan misai serta tidak akan menandatangani surat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Sejarah tidak melupakan Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan Exco Kerajaan selama dua tahun.Ghazali Jawi hanya melepaskan jawatan pada tahun 1977 atas kehendak Tun Husein Onn.

Mungkinkah Tajol Rosli pada masa itu masih kanak-kanak?Atau ijazahnya bukan pengajian sejarah?
Bukankah pada ,masa itu Pergerakan Pemuda UMNO bertegas "Hak untuk memecat atau memerintah seseorang berhenti dari Menteri Besar,adalah hak Presisen UMNO"

0 comments: