4 Februari 2009. Tiga ahli Majlis Perbandaran Taiping.Ustaz Nordin Jaafar,Ustaz Basiron Lat dan Sdr Apardi Sharie
Taiping- Majlis Perbandaran Taiping merupakan satu-satunya Pihak Berkuasa Tempatan yang berjaya mengadakan majlis angkat sumpah ahli majlis dan mesyuarat penuh kali pertama pada 4 Februari.Tiga wakil Pas telah dipilih,Ustaz Nordin Jaafar, Yang Dipertua Kawasan Bukit Gantang,Ustaz Basiron Lat,Ketua Urusan Ulamak Bukit Gantang dan Sdr Apardi Shaarie ,AJK Pas Kawasan Taiping.
Bagi YDP Pas Bukit Gantang,Ustaz Mohd Nordin Jaafar merupakan lantikan baru,beliau berazam akan membantu Majlis Perbandaran Taiping untuk meninggikan mutu perkhidmatan MPT untuk rakyat.
"Kita tetap bertugas sebagai ahli majlis " tegas Ustaz Mohd Nordin Jaafar,Yang Dipertua Pas Bukit Gantang ketika ditemui.
0 comments:
Post a Comment