BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Monday, May 12, 2008

UCAPAN YDP PAS KAW BKT GANTANG

Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Mohd Nordin Jaafar ketika menyampaikan ucapan alu-aluan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bukit gantang kali ke-41 merakamkan sekalung penghargaan kepada semua petugas pilihan raya di semua peringkat atas kerja keras yang telah dicurahkan dalam pilihan raya yang lalu. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada penderma-penderma yang membantu PAS untuk mengalahkan Barisan Nasional. Beliau juga turut berasa amat terhutang budi dan mengucapkan terima kasih kepada Kelab Penyokong PAS yang bertungkus-lumus menaburkan keringat untuk membantu kemenangan yang diperoleh oleh Pakatan Rakyat bagi Parlimen Bukit Gantang dan dua DUN iaitu Changkat Jering dan Kuala Sapetang.
Namun, beliau mengingatkan semua perwakilan supaya sentiasa menginsafi bahawa kemenangan yang dikecapi adalah anugerah Allah SWT yang berupa suatu peransang untuk meningkatkan keyakinan dan kesungguhan untuk bekerja dalam kalangan para petugas di samping memberikan suatu amanah untuk dipertanggungjawabkan kepada semua pendukung PAS Kawasan Bukit Gantang. Perubahan kecenderungan pengundi dalam pilihan raya ke-12 merupakan suatu lakaran baru dalam politik tanahair. Beliau meminta agar setiap ahli PAS sentiasa memelihara hubungan baik dengan kaum India/cina di samping sentiasa berusaha untuk mendampingi mereka.
Ustaz Nordin juga menyeru kepada semua ahli untuk bekerja lebih gigih dan kuat lagi untuk memikat hati pengundi. Kemenangan yang diperoleh berupa anugerah Allah. PAS perlu mengorak langkah mendahului dalam menyusun gerak kerja untuk mendahului dalam usaha menangani permasalahan rakyat. Segala gerak kerja perlu dirancang dengan baik dan teratur di samping sentiasa bekerja sama dan bergabung tenaga untuk memenuhi segala janji yang telah ditaburkan kepada rakyat. Beliau mengingatkan ahli bahawa untuk “mendapatkan kemenangan” lebih mudah berbanding dengan “untuk mengekalkan kemenangan”.
Isu tentang ketuanan Melayu yang ketika ini menjadi isu hangat juga diulas oleh yang Dipertua PAS Kawasan. Beliau mempertikaikan tentang keikhlasan UMNO untuk membela kaum Melayu kerana banyak bukti menunjukkan bahawa UMNO lah yang mengadai ketuanan Melayu demi kepentingan diri masing-masing. Malah UMNO sendiri yang menunjuk jalan kepada orang lain untuk berani berlaku biadap kepada Istana sebagai mana yang berlaku di Terengganu/Perlis. Beliau menyarankan supaya setiap ahli PAS sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kaedah yang akan digunakan oleh UMNO untuk melemah dan memusnahkan PAS. Ahli PAS perlu berpengetahuan luas untuk menangkis segala tohmahan tersebut di samping mengatur strategi untuk melakukan serangan balas.
Di akhir ucapan, beliau meminta semua hadirin supaya sentiasa berpegang kepada tujuan dan matlamat perjuangan dalam PAS yang juga merupakan badan dakwah dan bukan parti politik semata-mata. Ahli PAS perlu menunjukkan teladan yang baik untuk menawan hati orang luar agar lebih dekat dengan PAS.
:baspas

0 comments: