BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Sunday, November 30, 2008

HJ ROSLAN SHAHARUM-BANYAKKAN CAWANGAN DAN AHLI

Hj Roslan sedang memberi motivasi kepada Ketua Cawangan dan Setiausaha Cawangan

Sebahagian Ketua Cawangan yang turut Hadir
Bukit Gantang- 30 November
Seminar Penerangan Dasar Kerajaan Perak anjuran Pas Kawasan Bukit Gantang mendapat sambutan memberansang. Seminar diadakan di Markaz Negeri Air Kuning,Taiping.
Hj Roslan berharap kita membanyakkan ahli Pas dan bagi Pas Kawasan perlu menambahkan Pas cawangan.
"Kita kena menjadi katalis atau peneraju masalah rakyat." kata Roslan."Tuan-tuan perlu bekerjasama dengan Ketua Kampung dan juga JKKP untuk pembangunan dan keharmonian masyarakat setempat" tambah Hj Roslan.
Di samping itu Hj Roslan menerangkan tindakan kerajaan melalui Yayasan Perak,antara lain memberi bantuan persekolahan kepada mereka yang layak. Yayasan akan memberi peruntukan bantuan beg ,pakaian dan kasut."Kita salurkan melalui ketua Kampung,satu kampung seorang pelajar" ujar Hj Roslan lagi.
Untuk ibu tunggal yang mahu pinjaman RM 5000.00, untuk membantu perniagaan mereka boleh berbuat demikian pada tahun hadapan.
Tutur hadir dalam program itu, Ustaz Zulkifli Ahmad ,TYDP, Ustas Basiron Lat, Ketua Urusan Ulamak dan Pengarah Sekretariat Parlimen. Encik Khairul Ismail.
"Kita akan buat kursus ketua kampung kali kedua, untuk memantapkan Ketua Kampung" ujar Khairul.
sgi-08

0 comments: