BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, December 6, 2008

Kerajaan Pakatan Rakyat yang berkebajikan -Teruja pinjaman pelajaran dilupus


IPOH - Usaha gigih pelajar cemerlang jurusan bio-perubatan, Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM), Shah Alam, Nor Hazwani Ahmad, 25, mendapat pengiktirafan Yayasan Perak semalam.Beliau yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Bio-Perubatan Kelas Pertama bukan sahaja dilupus pinjaman pelajaran RM10,000 yang diterimanya semasa menuntut malah ditawarkan pinjaman khas oleh yayasan berkenaan untuk beliau melanjutkan pengajian di peringkat sarjana.Beliau sememangnya terkejut apabila dimaklumkan pinjaman yang diterimanya sebelum ini tidak perlu dilunaskan."Saya dah rancang untuk jelaskan semula pinjaman secara ansuran seperti yang ditetapkan Yayasan Perak namun terkejut besar apabila surat yang disangkakan notis tuntutan yang diterima merupakan tawaran pinjaman khas lanjutkan pengajian."Pastinya, ia akan terus bakar semangat saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan mungkin jadi motivasi kepada penerima lain," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Kosmo! selepas menerima sijil penghargaan daripada Yayasan Perak yang disampaikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaluddin di sini semalam.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim dan Pengerusi Yayasan Perak, Roslan Shahrum.Nor Hazwani yang kini sedang mengikuti program sarjana dalam bidang bio-perubatan di Universiti Sains Malaysia (USM) turut ditawarkan pinjaman tambahan sekiranya berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran.


sumber:alhussein51

0 comments: