BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Thursday, December 4, 2008

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Changkat Jering Temu Ketua Kampung.

Kapten (B) Osman mendengar penjelasan Ketua Kampung

Sebahagian Ketua Kampung dalam DUN Changkat Jering

Changkat Jering-4 Dis 2008
Mesyuarat Bulanan YB Kapten(B) Mohd Osman bin Jailu,berjalan lancar. Mesyuarat dipengerusi Pegawai Khas beliau Encik Shamsul. Kehadiran 17 Ketua Kampung atau wakil mereka dapat menyelesaikan masalah penduduk tempatan.
Sdr Shamsul mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama Ketua Kampung dalam membantu kerajaan Perak.
Ketua Kampung Larut Tin En Bad Ali Md Nor mencadangkan agar kita menggunakan perkataan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam menganjurkan aktiviti DUN . Sementara itu Hj Mohd Shah ,Ketua Kampung Sg Lidin Baru mencadang kepala surat YB Kapten (B) Osman menggunakan lambang negeri Perak sahaja.Beliau juga mencadangkan agar kita menggunakan tiga lambang, PAS,PKR dan DAP sewaktu menganjurkan apa-apa program.
Dalam pada itu Sdr Shamsul menerangkan aktiviti yang akan berlangsung Qurban DUN pada hari raya ketiga dan rombongan pelajar cemerlang ke Ipoh selepas Hari Raya Aidul Adha.
"Kita kena menangkan hati rakyat,kita kena jaga kepentingan rakyat" ujar Haji Hasan Saleh,Ketua Kg Jelutong.
Turut hadir dalam pertemuan itu Sdr Shaharudin ,Setiausaha Sekretariat Parlimen Bukit Gantang.

0 comments: