BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Thursday, February 5, 2009

DATO' SERI NIZAR-SERAH URUSAN BUBAR DUN KEPADA ALLAH SWT

YAB MB menyerahkan isu pembubaran DUN Perak kepada ALLAH swt.setelah berusaha dengan berbagai cara yang betul mengikut lunas undang-undang dan syarak.Selain itu beliau menyeru seluruh rakyat solat hajat dan berdoa kepada ALLAH swt.memohon supaya kerajaan Pakatan Rakyat Perak diselamatkan.
MB menasihati orangramai supaya bertenang,tidak menimbulkan kekacauan,provokasi dan tidak melanggar batas undang-undang. Serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan negeri mengatasi kemelut ini.
Sementara itu munajat rakyat tetap diteruskan di Kediaman Menteri Besar Perak,Jln Tambun,Ipoh.,pada 5 Februari 2009 (Khamis) bermula 7 malam.Menurut Setiausaha Politik
Menteri Besar Perak, Ustaz Misbahul Munir , dijangka turut hadir Tuan Guru Nik Aziz ,Tuan Guru Hj Hadi dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

0 comments: