BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Friday, February 6, 2009

RAKYAT TUNTUT HAK DEMOKRASI


FRU dan pegawai polis cawangan khas memerhati rakyat.

Gambar pengkhianat Man Katak di banner.

Rakyat mohon Baginda Sultan bubar DUN

Ribuan Rakyat banjiri Masjid Ubudiah minta adakan pilihanraya semula,bukan Kerajaan Haram

Kuala Kangsar 6 Februari 09-

Tiga ribu orang rakyat hadir untuk memohon perkenan Sultan untuk mengembalikan kuasa rakyat melalui pilihanraya umum untuk Negeri Perak.Mereka membanjiri Masjid Ubudiah Kuala Kangsar sejak 11.00 pagi.Rakyat berharap Baginda Sultan menjadi Raja Berpelembagaan.Rata-rata rakyat yang ditemui ,berharap diadakan pilihanraya untuk menentukan Kerajaan Baru.Kebanyakan yang ditemui berharap Baginda Sultan menyerah kuasa kepada rakyat untuk menentusahkan kerajaan. "Kita boleh terima kekalahan melalui pilihanraya,tidakmelalui kerajaan haram dan rasuah" ujar seorang pengundi berketurunan India dari Bidor.

Bagi penulis gambaran media arus perdana agak keterlaluan ,di dalam himpunan aman pada peringkat permulaan sudah disembur gas pemedih mata. Gas dilempar masuk ke perkarangan Masjid Ubudiah dan kediaman masyarakat. Dalam kalangan ahli himpunan terdapat "SB" yang mem"Provokasi",mereka inilah yang tidak bertindak secara profesional.

Kembalikan kuasa rakyat,kerajaan pilihan rakyat bukan kerjaan ADUN lompat.
Sementara itu satu Majlis Khas untuk Osman Jailu pada hari Sabtu 7Februari ,jam 4 pagi,di Masjid Changkat Ibol,berdekatan Changkat Jering.
"Kita akan buat solat hajat kafiat 12 rakaat "kata Idris Zakaria.

0 comments: