23 Januari 2009,selepas ceramah bersama YB Ustaz Nasharudin Mat Isa ,sempat merawat seorang kanak-kanak perempuan.Itulah keistimewaan almarhum Hj Roslan Shaharum.
20 Januari 2009,masih sempat ziarah anak Ketua Kampung Air Putih Encik Shamsudin Tan yang OKU. Almarhum berjanji akan memberi sebuah komputer untuk anak Encik Shamsudin Tan.Siapalah agaknya yang dapat menunaikan hajat almarhum
Pada 20 Januari,sebagai Pengerusi Yayasan Perak,beliau menyumbang derma Yayasan Perak RM2000.00 untuk subsidi diesel, bagi SJKC Kuala Sanggar.
13 Januari 2009,bertemu pegawai PKNPK ,berkaitan rumah terbengkalai Taman Kamunting Bakti
Bertemu lagi,kami agak sibuk untuk menulis. Kerinduan kami terhadap Almarhum Hj Roslan begitu memuncak.,bertambah pula apabila terdapat mereka yang mengisahkan perjalanan hidup almarhum.Keikhlasan Hj Roslan tidak dapat ditandingi oleh kami.Betapa almarhum mengetahui kesusahan rakyat.Tidak pernah menolak permohonan rakyat ,keprihatinan almarhum susah untuk digambarkan.
Apabila bertemu rakyat dengan kekangan masa ,almarhum tetap ceria penuh bersemangat.
Aktiviti terakhir Hj Roslan ,bertemu masyarakat Cina di Kuala Sapetang dan Kuala Sanggar,dalam Dun Sapetang pada 20 Januari 2009. Paginya bertemu pengundi di Pasar Simpang.Sementara pada 21 Januari bertemu pengundi di Pulau Pasir Hitam.Semuanya program sempena tahun baru Cina.Teringat dalam satu dialog di Kg Benggali."Kita dijadikan berbilang kaum ,kenapa tidak boleh membantu semua manusia",sering disebut almarhum .
Ceramah tertakhir beliau bersama YB Ustaz Nasharudin Mat Isa,Timbalan Presiden Pas
Malaysia,pada 23 Januari dalam aktiviti wacana ilmu di Dataran Changkat Jering.Masih sempat melakukan pengubatan DarulShifak.Itulah ceramah terakhir,penulis menjadi pengerusi bersama almarhum. Dalam tepoh 24 Januari- 4 Februari beliau mempunyai aktiviti padat Ahli Parlimen Malaysia.Justeru dalam tempoh itu kami terasa rindu akan beliau.
Pada hari 09 Februari, 8.30 pagi sempat menelefon penulis ,bertanya program beliau.Penulis menjelaskan aktiviti tetap berjalan "Munajat Rakyat" . 11.45 pagi beliau diberitakan meninggal dunia. Alfatihah.
sgi 08.
0 comments:
Post a Comment