BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Thursday, May 15, 2008

Pejabat DAP Perak dilontar bom petrol awal pagi ini

IPOH, 15 Mei (Hrkh) - Bernama melaporkan ibu Pejabat DAP Perak di Bandar Ipoh Raya di sini dilempar bom petrol oleh dua lelaki awal pagi ini menyebabkan dua letupan kuat berlaku. -->-->
Kejadian pada pukul 2.20 pagi tadi disedari oleh seorang pengawal keselamatan Ammeri Ahmad, 45, yang ketika itu bertugas di sebuah sekolah berhampiran pejabat itu yang kemudian menghubungi pihak polis.
Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan. Dua tingkap pejabat itu mengalami kerosakan.
Ketika ditemui, Ammeri berkata beliau melihat dua lelaki melemparkan sesuatu ke tingkap atas pejabat itu menyebabkan dua letupan kuat berlaku. Katanya apabila beliau menghampiri pejabat berkenaan, dua lelaki itu melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.
Pengerusi DAP Perak Dato' Ngeh Koo Ham menganggap kejadian itu bermotif politik dan berharap polis membuat siasatan rapi.
"Ia merupakan satu cubaan untuk membakar pejabat DAP yang dipercayai dilakukan oleh mereka yang ada unsur khianat kepada parti," katanya ketika melawat pejabat itu pagi ini.
Ngeh, yang juga Anggota Exco Kanan Negeri, meminta masyarakat menghormati kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS yang kini memerintah Perak kerana ia adalah pilihan rakyat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Idris Abdullah ketika dihubungi berkata siasatan sedang dijalanan mengikut Seksyen 435 kerana khianat dengan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.
"Belum ada tangkapan dibuat," katanya.
Anggota Bomba dan Penyelamat Ipoh dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima maklumat kejadian pada pukul 3 pagi. - mr
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14481&Itemid=28
baspas:

2 comments:

Anonymous said...

apa pendirian anda ttg karpal,

Sultan zaman feudal?

apa pendirian anda ttg matlamat (asal/tersembunyi) Dap

hapus hak Melayu di bumi satu2nya milik melayu ini.

Anonymous said...

zasman:
cuba fikirfikir kembali yg nak hapus hak melayu ini DAP ke atau umno yg sedang merancang dgn teliti..
bnyk contoh -contoh.
nama aje bumi melayu tapi banyak tanah-tanah PKNP telah tergadai pada cina sapa punya kija ..BR yg berumur tak sampai pun 100hari atau UMNO yg dah nanyuk..jgn buat andaian dari berita s/khabar..tapi kaji,risik,n selidik..