BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Monday, February 2, 2009

Pertahankan Changkat Jering

Pedulikan Kapten(B) Osman Jailu. Apa yang penting Jentera Pilihanraya Pas Kawasan Bukit Gantang bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya bila-bila masa.Jikalau Pilihanraya Kecil,kita telah bersedia,jikalau PRU 13 ,kita semakin bersedia.Bagi kita di Parlimen Bukit Gantang mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah jihad.
Jentera parti diperingkat Majlis Tindakan Dun Changkat Jering perlu bekerja tanpa menunggu PRK,hidupkan MTD ,aktifkan UPU.Kita perlu berdiri dengan kekuatan kita,bukan dengan kelemahan pihak lawan. Soal calon biarlah kepimpinan Pas Pusat yang menentukan,Pakatan Rakyat perlu menang untuk meneruskan kerajaan rakyat untuk rakyat.
Jentera Parlimen Pas Bukit Gantang ,wajar menyemak kembali apa yang dinyatakan dalam dapatan kajian Merdeka Center ,prestasi Hj Roslan sekitar 66 %, manakala 34% pengundi dalam Parlimen Bukit Gantang menyatakan prestasi tidak memuaskan. Kita berharap dengan kerjasama 47 ketua kampung dalam parlimen ini,boleh membantu Hj Roslan untuk terus berkhidmat secara berkesan.
Apa yang dinyatakan oleh Sdr Rahim Ismail Pengarah Mtd Changkat Jering,perlunya badan pemantau untuk melihat prestasi kerja ADUN mesti diambilkira oleh Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri.Begitu juga pandangan Ketua Penerangan Pas Kawasan Bukit Gantang yang meminta dipercepatkan proses perlantikan Ketua Kampung untuk kaum bukan Melayu,juga diberi perhatian serius.
Kita mahu kerajaan didokongi oleh semua kaum ,bukan dimonopli oleh kaum tertentu.Namun asas politik MALAYSIA dan Islam menjadi pegangan kita Pakatan Rakyat.
Mungkinkah peristiwa yang berlaku kini sebagai satu ikhtibar untuk menjagakan kita yang tidur dan lesu.Pertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat,munajat rakyat perlu diteruskan,




sgi-09

2 comments:

Anonymous said...

salam....btul ler kita hanya perlu pertahankan dun changkat jering ini, cm klau bleh dun ni d kembalikan semula ar kpda Pas untuk mnjadi calon d dun ini,ni harapan saya dan mnggkin jga pngundi lain.soal calon mmng kiter org pas tidak pernah pertikaikan cuma yg pnting dari PAS aje dah cukup dah.
Setuju sgt ngan cadangan supaya d percepatkan pemilihan ketua kampung dari kalangan yang bukan melayu gak ar agar msj2@permasalah penduduk bangsa lain dapat sampai kepada YB.
Berkenaan dgan popularity YB dalam parlimen bkt gantang ni mngkin ada kebenaranya oleh itu saya arap agak YB mngambil langkah2 yang dapat menaikkan lagi kepercayaan penduduk dalam parlimen ni.

parlimen059 said...

sebarang komen atau cadangan dari pembaca ,kami cuma lulus terbit yang tiada unsur-unsur lucah.komen-komen bukan juga pendapat atau pendirian dari kami.