BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Tuesday, August 12, 2008

ONE STOP CENTRE

12/08/08.DOR Bukit Gantang.

Sekrateriat dengan kerjasama Jabatan/Agensi K`jaan danKetua-ketua kampung mengadakan satu perjumpaan yang dinamakan JAWATANKUASA PENYELARASAN PARLIMEN BUKIT GANTANG (ONE STOP CENTRE).
Tujuan j/kuasa adalah untuk memudahkan gerak kerja semua pihak terlibat dalam menyelesaikan aduan-aduan rakyat.
Aduan Rakyat kpd Ketua Kampung/Penghulu/Adun atau pun Ahli Parlimen yang dihantar ke Jabatan K`jaan,lambat atau gagal diselesaikan akan dibawa ke J/K ini untuk dibincangkan bersama-sama Jabatan-Jabatan lain yang terlibat dalam mencari kata putus atau mengambil tindakan susulan,Jawatan Kuasa tersebut dipengerusikan oleh Ahli Parlimen YB Roslan .
Jawatan Kuasa ini akan mengadakan mesyuarat sebulan sekali atau ikut keperluaan,aduan/masaalah rakyat diberi keutamaan tambah YB Roslan.

seramai 15 pegawai K`jaan dan 37 ketua kampung hadir dalam majlis tersebut.

Sunday, August 10, 2008

Aktiviti dalam kawasan Bukit Gantang.


10/08/08 jam 9.00.



  • 9.00majlis gotong royong bersama penduduk Kg Jaha.

  • 9.40 majlis gotong royong bersama penduduk Kg Batu Tugoh.

Jam 10.20 pagi.Majlis Dialog bersama penduduk Pengkalan Aur,upu terbesar dalam kawasan Bukit Gantang.

.

jam 12.30 Perasmian IHTIFAL Pasti Kawasan Bukit Gantang.

YB umumkan akan menyumbang RM100 untuk setiap Guru Pasti seramai 35 orang dalam kaw Bkt Gantang sempena menyambut bulan Ramadhan ini.

Jam 3 ptg majlis dialog di DOR bersama rakyat di KG Jelapang Jaya.

baspas:

Aktivit Sabtu 09/08/08

Sabtu 09/08/08 .

  • 12t/hari YB Roslan hadiri majlis kenduri kahwin di rumah Ust Hatta.
  • 1 t/hari menghadiri satu lagi majlis kenduri kahwin di Kg Air Kuning bersama T/YDP Ust Zul.


Mangsa sedang menerima bantuan


Selepas itu pada jam 2.30 t/hari majlis Dialog Rakyat dan menyampaian Bantuan Banjir di Dewan Orang Ramai Kg Dato Hashim.Majlis tersebut turut dihadiri YB Osman dan YB Tai.

Sebanyak 11 keluarga menerima bantuan dari JKM yang disumbangkan oleh YB Roslan.

KG tersebut pada awalnya dikenali sebagai kg batu 2 1/2 ditukarkan nama ke Kg Dato HJ Hashim sempena nama YB BN (Allahyarham) selama 4 penggal yang menetap disitu.Penulis yang mengenali beliau secara peribadi menyifatkan beliau sebagai seorang yang bertangungjawab dan berjiwa rakyat,tetapi cuma landasan perjuangan yang berbeza.

Kg tersebut juga merupakan kubu kuat BN selama itu ,menunjukan berubahan yang amat ketara dalam PRU yang lepas .PAS dan PKR memenangi hampir semua peti Undi walaupun agak tipis.



Rumah rumah segera dalam pembinaan haram.

Lawatan ke KG Teratai dalam daerah DUN Sepetang bersama YB Tai.YB Tai selaku Exco K`jaan Negeri berjanji menyelesaikan masaalah setinggan yang menduduki tanah2 tersebut melebehi 20 tahun,beliau juga memberi amaran kepada peneroka2 baru supaya hentikan pembinaan rumah-rumah yang baru atau hadapi tindakan dari PDT.Lawatan bulan lepas hanya 52 nama yang didaftarkan tapi sekarang meningkat hampir 70,kata beliau merujuk kepada soalan YB Roslan.YB Roslan turut berjanji memberi sokongan dalam usaha YB Tai dengan syarat tiada lagi peneroka haram.





Program bulanan sekretariat Wacana Ilmu dalam menjadikan Dataran Changkat Jering sebagai medan Ilmu mendapat sambutan yang baik.Pada awal program kehadiran sekitar 50 org..meningkat sekitar 300 org bila Ust Kamal Ashari memulakan ucapan beliau sebagai penceramah pertama kerana beliau perlu segera ke KL.



YB Roslan berucap didataran

ulasan ucapan YB Roslan dan Ust Kamal...mungkin dari sisibukit atau abdulrahman...ana tak sempat nak catat..

baspas:

Friday, August 8, 2008

TAUTAN KASIH IKATAN MUAFAKAT



08/08/08 MATANG GELUGOR.

Projek anak angkat anjuran UPSI dirasmikan oleh YB Roslan selaku Pengerusi Yayasan Perak ptg tadi.

Program perasmian YB Roslan tersebut sepatutnya diadakan di sek keb Matang Gelugor,tetapi di halang oleh Guru Besar dengan alasan arahan dari kementerian tidak membenarkan ahli2 politik mengadakan sebarang program dalam kawasan sekolah.

Atas insentif ketua kampung sdr Ghani dan urusetia Program, majlis tersebut diadakan di Dewan Orang Ramai Mtg Gelugor dengan jayanya.


antara ucapan YB Roslan:
Peruntukkan sebanyak RM1000 diluluskan Yayasan Perak walaupun yang dimohon urusetia hanya rm650,dan sumbangan peribadi saya untuk gotong royong sebanyak Rm100.

Pelajar2 kini akan menjadi pemimpin dimasa depan,keluarkan pelbagai idea yang dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Jangan jadi pemimpin pemecehbelah masyarakat sebagaimana yang berlaku sekarang dikalangan Pimpinan BN dan juga kakitangan k`jaan yang tidak profesional,yang mana mereka bertugas ikut kepentingan peribadi.


Beliau turut mengingatkan bahawa Dermasiswa utk pelajar2 neg Perak masih terbuka ,boleh memohon jika diterima masuk ke IPTA dlm program Ijazah dalam negeri,peruntukkan sebanyak rm5 juta disediakan oleh k`jaan Pakatan Rakyat Negeri Perak untuk diagihkan kepada pelajar2 yang layak.


YB Roslan sedang memberikan ucapan


Timbalan Pengarah program bersama Keluarga angkat beliau.





YB Roslan turut menyentuh dengan sikap double standard pihak 2 tertentu,dimana pada 06/08/08 satu majlis yang diberi nama KUNJUNGAN HORMAT & PERJUMPAAN MASYARAKAT,telah diadakan didewan Sek Menengah ST GEORGE Taiping,dan ucapan telah diberikan oleh YB Mohamad Zahir ADUN Kamuntung (BN).dimana MASYARAKAT seperti yang terpapar dibanner....murid2 sekolah dijadikan alat untuk politik murahan mereka...ini bukan pecahbelah masyarakat ke?buat program atas nama masyarakat tapi murid2 sekolah dijadikan alat oleh mereka..



YB Mohamad Zahir berucap didepan pelajar Sek St George.



murid2 dalam program anjuran BN



baspas:

Mahkamah tolak tiga petisyen p'raya BN

08/08/08
Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak petisyen membatalkan keputusan Pilihanraya Umum kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubuk Merbau, DUN Kuala Sepetang dan DUN Kuala Kurau.
Petisyen tersebut dikemukakan calon-calon Barisan Nasional (BN) yang tewas di ketiga-ketiga kerusi tersebut - kesemuanya di Perak - dengan majoriti tipis.Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, DUN Kuala Kurau dan Kuala Sepetang dimenangi oleh calon PKR. Manakala kerusi Lubuk Merbau dimenangi oleh calon PAS.Di Kulau Kurau, calon PKR, Abdul Yunus Jamahari menang dengan majoriti 467 undi. Beliau mendapat 8,224 undi manakala calon BN, Mohd Salleh Mat Disa mendapat 7,757 undi.Di Kuala Sepetang pula, calon PKR, Tai Sing Ng menang dengan majoriti 564 undi. Beliau mendapat 7,285 undi manakala calon BN, See Tean Seng mendapat 6,721 undi.Manakala di Lubuk Merbau pula, calon PAS, Mohd Zainuddin Mohd Yusof menang dengan majoriti 72 undi. Beliau mendapat 4,664 undi manakala calon BN, Datuk Jamal Nasir Radi memperolehi 4,592 undi.

sumber:http://www.malaysiakini.com/bm/

baspas:

Monday, August 4, 2008

Dialog Ramah mesra bersama penduduk KG Cheh /SG Tinggi

03/08/08.

bersama penduduk KG Cheh
jamuan durian dirumah ketua kampung En Jamaludin
Tazkirah buat penduduk Sg Tinggi
penduduk Sg Tinggi.
baspas;

Friday, August 1, 2008

RINGKAS -BUKIT GANTANG


Ust Basiron Hj Lat

Kaunselor MPT
Ustaz Basiron Hj Lat Pesara Guru Cemerlang MRSM, berjanji akan menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Kaunselor Majlis Perbandaran Taiping dengan berkesan.
"Saya akan bekerja bersama-sama dan harap pihak Pas Kawasan akan membantu " ujar Ustaz Basiron Hj Lat,lulusan BA UKM Syariah,Ketua Urusan Ulamak Pas Kawasan Bukit Gantang sebaik ditemui selepas Majlis angkat sumpah Ahli Majlis.



Hj Ramli Tusin
60%
ADUN Gunung Semanggol,Ustaz Hj Ramli Tusin menyatakan masih terdapat pegawai kerajaan negeri tidak memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat. 60 % kakitangan kerajaan negeri seolah tidak mahu bekerjasama,malah sering melambatkan perkhidmatan untuk rakyat ,dakwa Ustaz Hj Ramli.

MUQABALAH
Majoriti ahli dan penyokong Pas Kawasan Bukit Gantang tidak bersetuju Pas menerima tawaran perbincangan."Kita tahu tipu muslihat UMNO" kata Pak Man .



sisibukit.


edit: baspas

Perak Buat Perubahan- Misbah

31/07/08 Mesjid Changkat Ibol,Bukit Gantang
Kerajaan Perak telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam tempoh 5 bulan pemerintahan negeri. "Dalam tempoh 50 tahun BN tak buat,kita buat" ujar: Misbahul Munir Setiausaha Politik Menteri Besar Perak.

Antara perubahan itu pemilihan Ketua Kampung,melalui pemilihan rakyat di kampung-kampung. Ketua-ketua kampung akan diberi taklimat dan kursus berkaitan dasar atau polisi kerajaan negeri. " 7 Ogos 2008 ini akan diadakan kursus sehari suntuk untuk ketua kampung"tegas Misbah.

Sementara itu bagi ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) satu pertiga daripada kalangan NGO dan profesional. "Dua pertiga sahaja dari kalangan parti Pakatan Rakyat" kata Misbah lagi.

Untuk meningkatkan hasil negeri ,tender terbuka untuk balak hutan simpan akan dibuat.Menurut Misbah untuk 7000 hakter satu tahun negeri hanya menerima hasil RM30 juta,jikalau tender terbuka mungkin boleh bertambah sehingga 300 juta ringgit.

Premis kerajaan boleh digunakan oleh semua pihak termasuk parti politik .Beliau menjelaskan
Pakatan Rakyat apabila mereka menggunakan Stadium Perak,berbayar bukannya percuma.

Bagi hak milik tanah, kerajaan memberi hak milik berdasarkan pajakan 30 tahun ,60 tahun,99 tahun dan pegangan bebas. " Bagi mereka yang mampu boleh meminta pajakan lebih lama,namun perlu bayar premium lebih tinggi" tegas Misbah.

Misbah menjelaskan lagi kampung tersusun akan bertambah sementara kampung baru tetap tidak berubah. Dahulu kita tidak mendapat hasil melalui cukai tanah ke atas kampung baru,tetapi dengan pemberian hak milik ,kerajaan negeri akan berjaya mendapat hasil.

Kerajaan Perak telah menyalurkan 1.3 juta ringgit kepada 10 buah sekolah agama rakyat. Untuk guru Kafa ,gaji mereka telah dinaikkan RM 75.00

Dalam pada itu beliau berharap agensi kerajaan dan swasta dapat memberi perkhimatan terbaik kepada rakyat tanpa perlu menerima tekanan wakil rakyat.Di samping, mengharapkan rakyat memahami tugas wakil rakyat sebagai pembuat dasar.

"Tidak ada perjanjian Pangkor 2,3,4 atau perjanjian Changkat Jering,itu semua tohmahan dan fitnah BN dan UMNO" jelas Ustaz Misbahul Munir dalam satu program Munajat Rakyat ,anjuran Pas Kawasan Bukit Gantang.



abdulrahman.a.k.

Wednesday, July 30, 2008

Upacara Mengangkat Sumpah Menerima Jawatan Sebagai Ahli Majlis MPT.

Seramai 23 orang dari Larut Matang Selama, Mengangkat sumpah menerima Jawatan sebagai Ahli Majlis MPT pagi tadi.
Majlis tersebut diadakan di Bangunan MPT tingkat 7 jam 9 pagi tadi.(30/07/08).



Barisan Ahli Majlis MPT bersama YB Pokok Assam dan Aulong ,selepas Upacara .


Ust Basiron,En Mustaffa bersama Tn Hj Yahya

Ust Basiron,En Mustaffa bersama En Muhammad Apardi sdg mengikrar sumpah.

Ustaz Basiron dan En Mustaffa masing2 mewakili Kawasan Pas Bkt Gantang manakala En Muhammad Apardi mewakili Kawasan Pas Taiping.
baspas:

Monday, July 28, 2008

SEMINAR PENERANGAN-JAIP-BKT GANTANG

28/07/08.
Seminar penerangan Enakmen Jenayah Syariah Perak dan Undang-undang Keluarga Islam Peringkat Mukim Bukit Gantang telah diadakan didewan Org Ramai Bukit Gantang jam 9 pagi tadi.
Seminar tersebut anjuran Pejabat Penghulu Mukim Bukit Gantang bersama JAIP bhg Penguatkuasan Undang-undang Syarie,YB Roslan Shaharum selaku Ahli Parlimen Bkt Gantang diberi pengormataan sebagai Perasmi Penutup Seminar tersebut.




Diantara ucapan YB Roslan:

  • Budayakan Solat dikalangan kaki tangan kerajaan.
  • Solat menyelesaikan banyak masaalah.
  • Ibu-bapa lebih professional dalam menghadapi kerenah anak-anak.

Beliau turut menyentuh ttg MB ,Yab MB akan memulakan setiap mesyuarat dengan surah Fatiha,selalu akan menyentuh ttg kewajipan,keperluan solat dikalangan kaki tangan kjaan Negeri dan juga rakyat.

baspas

sementara itu...mangsa-mangsa banjir tempoh hari yang terlibat dengan projek landasan berkembar,diberitakan menerima wang pampasan RM1000 + rm300 sebagai sewa bulan pertama t/hari tadi.
Bila pulak mereka nak pindah dari dewan org ramai......???wallahualam.





BICARA RINGAN- BUKIT GANTANG

BAH
Terdapat 4 keluarga yang masih menumpang di Dewan Orang Ramai Kg Air Kuning sejak 17 Julai 2008. Kita berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat mengambil berat ,jangan lepas tangan.

KONVENSYEN
Konvensyen Pas baru sahaja berlangsung pada 26 dan 27 Julai. Pimpinan Pas Kawasan sudah tentu mempunyai semangat baru untuk menggerakkan Pas Kawasan.Kita perlu sedar mengurus
kemenangan amat sulit ,justeru itu perwakilan PAS dapat menerangkan isu muzakarah kepada
ahli bawah .

DERMASISWA
Tahniah kepada mereka yang berjaya memasuki menara gading. Hadiah tidak seberapa Roslan Shaharum perlu digunakan, bukannya ambil hadiah, IPTA tak pergi. Pihak sekretariat tahu terdapat mereka mengambil kesempatan.

KETUA KAMPUNG
Ketua Kampung ahli Pas perlu diberi pendedahan ilmu pentadbiran dan pengurusan manusia.Tok Ketua berharap Pas Kawasan mengambil inisiatif mengadakan kursus.


abdulrahman

Saturday, July 26, 2008

Bersabar Mendepani Ujian

PRU 12 membawa pengertian mendalam kepada PAS Kawasan Bukit Gantang.Hj Roslan Shaharum mewakili PAS menang di Parlimen Bukit Gantang.Sementara itu Kapten Osman Jailu
di DUN Changkat Jering (PKR) dan Tai Sing Ng Kuala Sapetang(PKR).

Dalam hujan lebat rakyat Parlimen Bukit Gantang mengundi Barisan Alternatif.Dengan tekad
membawa perubahan "Makkal Sakhti " atau kuasa rakyat. Sepanjang melawat pusat mengundi
"mood" rakyat menyebelahi kita. Pimpinan Kawasan menyatakan tsunami politik .


Setelah enam bulan kita di " Blogger: PAS FOR ALL", cuba bersikap lembut dan tidak memburuk parti lawan .Namun setelah berlaku tsunami banjir kita mengetahui sikap rakyat.
Segelintir rakyat mengambil kesempatan. Contohnya mereka yang menjaja cerita di Buletin TV3. Bagi kami Ketua Kampung Larut Ulu,Encik Tajei Husein memainkan peranan penting
membantu penduduk kampung .Beliau memastikan semua penduduk di bawa keluar sewaktu banjir berlaku pada Khamis 17 Julai 2008.

Kedua-dua penduduk yang bersiaran pada 24 Julai 2008 pada pukul 1.30 tgh,merupakan pelakon yang tidak berbakat. Apakah perlu kita menceritakan keburukan mereka?
Apakah perlu kita memberitahu ,mereka bukannya mengundi kita? Apakah perlu kita menyatakan sewaktu mereka kematian keluarga,ahli Pas bersama rombongan yang membantu
bertahlil? Malahan menyedia khemah untuk kegunaan keluarga si mati.

Banyak rakyat yang terlibat,di Kg Cheh,Changkat Ibol,Jelutong,Matang Gelugor,Sg Mati,Kg Jelapang,Kg Pak Darus,Bt 2 1/2,Kg Benggali, Larut Tin dan Tmn Pengkalan Makmur serta jiran kita Taman Sri Kota.

Seorang pengundi menyatakan kami pembayar cukai,cukai tanah,cukai pintu dan cukai pendapatan." Sepatutnya kami yang berhak menerima bantuan " Bagi penulis mereka tidak mensyukuri nikmat, mana mungkin projek landasan berkembar di bawah Kementerian Pengangkutan kerajaan negeri menyediakan tapak rumah .Di daerah LMS ,297 setinggan KTM,
Kerajaan Pakatan Rakyat memberi lot tapak rumah.

"Mereka hanya setinggan " dakwa seorang guru yang tinggal di Tmn Pengkalan Makmur.
Bagi penduduk Kg Air Kuning , Syarikat Gamuda-MMC wajar membayar ganti rugi,projek mereka menghalang laluan air sehingga berlaku tsunami banjir.

Jelas sekali pembangunan yang tidak terancang boleh mempengaruhi alam sekitar. Kawasan tadahan air semakin sempit sementara taman perumahan semakin bertambah.Justeru itu pihak berkuasa tempatan seharusnya mengambil tindakan segera, agar banjir kali kedua di sekitar Parlimen Bukit Gantang tidak berlaku.

Rakyat Kelantan selama 18 tahun difitnah kenapa kita di Parlimen Bukit Gantang hanya baru lima bulan tidak boleh bersabar?